Tuesday 30 July 2013

Filled Under:

"Jangan lupakan 10 malam terakhir Ramadhan"-Lailatul Qadar

Bismillah....Assalamualaikum

Ya Allah berkati dan rahmati semua yang membaca artikel ini.


Alhamdulilah syukur pada Allah swt pejam celik pejam celik, kita sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan begitu cepat masa berlalu adakah kita akan terpilih untuk menemui malam Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh keberkatan dan dinantikan oleh semua mukmin. Saya ingin berkongsi sedikit tentang kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan.

 

Sekarang bermulalah episod untuk memburu Lailatul Qadar. Adakah anda semua sudah bersedia ataupun sudah gugur di medan peperangan. Ketuk pintu tanya diri sendiri. Ingatan buat diriku juga. Sebelum saya terlupa kita sambung balik pada topik utama.

Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadhan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Di manakah kita sekarang? Masjid atau sibuk untuk menyiapkan persiapan hari raya atau sibuk menambahkan amalan.

Apakah kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan. Berapa ramai yang nak mendapatkan malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan? Sila cakap pada diri anda "Ana Nak".

Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3) 

Yang paling menarik pada malam-malam terakhir Ramadhan ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.


Apakah amalan-amalan terbaik di malam-malam terakhir Ramadhan .

 Ia merupakan amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadhan

1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Banyak lagi kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan sama-samalah kita rebut peluang ini kerana kita tidak pasti yang kita akan bertemu lagi bulan yang penuh barokah ini pada tahun depan. Harapan saya semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat untuk kita terus berada di landasan yang betul. In Shaa Allah.
Maafkan sekiranya terkasar bahasa yang baik hanya dari Allah swt yang buruk hanya diri saya.
-Shafiz Azmi-
Sumber
Blog- Tazkirah Jumaat
 




0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Shafiz Azmi.