Monday 24 November 2014

Filled Under:

7 pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

7 PESANAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

Berikut adalah 7 pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan Muslim.

1. Fokus Kepada Satu Perniagaan Sebelum Kembangkannya - Apabila memulakan sesuatu perniagaan, fokus kepada perniagaan tersebut sehingga betul-betul maju dan berjaya. Kemudian barulah berfikir untuk mengembangkan ataupun menceburi bidang pernigaan yang lain.Ini adalah kerana apabial perniagaan yang baru diceburi itu tidak maju, kita boleh berpatah balik kepada perniagaan pertama kita.

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah”                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

2. Kejayaan Perlukan Masa - Jangan mengharapkan kejayaan dalam jangka masa yang singkat. Setiap usaha ke arah kejayaan memerlukan masa yang panjang untuk berjaya.Apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh.

“Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang”                                                                                     - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

3. Jangan Putus Asa - Jangan mudah putus asa. Setiap perniagaan, kecil atau besar mempunyai cabaran, dugaan dan masalah tersendiri. Daripada situ jatuh bangunnya setiap pernigaan. Sekiranya kita tidak yakin dan mudah putus asa, pernigaan kita tidak akan ke mana.

"Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan."                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

4. Jangan Sekadar Mengharap Dibantu - Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti”                                                                                     - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

5. Yakin Dengan Diri Sendiri - Ramai usahawan yang jatuh bukan kerana mereka tidak bagus. Tetapi mereka tidak yakin dengan diri sendiri.

"Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin, Allah akan permudahkan urusan kita."                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

6. Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri - Beliau merupakan seorang usahawan yang banyak membantu masyarakat dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka.

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan”                                                                         
- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Setiap usahawan perlu berfikir bahawa pernigaan yang kita jalankan bukan hanya untuk kepentingan diri kita dan keluarga sahaja. Tetapi juga demi membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan,

7. Usahawan Islam Ada Akhirat - Setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia dan akhir

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Shafiz Azmi.