Tuesday 6 August 2013

"Ya Allah adakah kami akan bertemu Ramadhan pada tahun depan"

Bismillah...Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ya Allah berkati dan rahmati semua yang membaca artikel ini.

Alhamdulilah dan syukur pada Allah swt di izinkan untuk berada di bulan yang penuh Barokah ini.  Beberapa jam lagi kita akan menyambut shawal yang di nanti hampir seluruh umat islam di dalam dunia ni kannn.

Adakah kita sudah bersyukur masih di beri kesempatan untuk habiskan Ramadhan ini?

Apakah yang sedang anda lakukan sekarang?

Shoping?

Memasak?

Jawapannya hanya anda yang tahu..Sebenarnya saya berterima kasih pada Ustaz Azhar Idrus di kala saya membelek fb tiba-tiba terbaca post ini ..sentap sekejap..Sentap beb..





Saya setuju dengan pendapat beliau Orang awam bergembira,Ahli ibadah bersedih.
Mesti ramai bertanya..Kenapa aku kena bersedih apabila datangnya Syawal?. Itulah soalan yang aku sedang tanya pada diriku...Hahahaha..dan bila di fikirkan balik tiba-tiba dapat jawapan yang mungkin tak sama dengan orang lain..Bagaimana inilah Ramadhan yang terakhir buatku ? Adakah aku mampu bergembira? Adakah aku berpeluang berjumpa malam Lailatul Qadar...Jawab tuan dan puan..Tiba-tiba mood raya bertukar...
  
Rasulullah saw dan sahabat-sahabat sangat gembira bila ketika memasuki bulan Ramadhan,
Sedih ketika meninggalkan Ramadhan.

Tiba-tiba aku bertanya pada diriku sendiri , Apa yang sedang aku lakukan? Hampir menitis air mataku.
Semangat menyambut Ramadhan oleh Rasulullah SAW digambarkan dalam perintah kepada umat Islam untuk mengisi bulan Rajab dan Sya’ban untuk persiapan bulan Ramadhan. Rasulullah SAW dan sahabat sangat gembira ketika memasuki bulan Ramadhan dan sedih ketika meninggalkan Ramadhan.


Ketika di sepuluh hari terakhir Rasulullah melakukan i’tikaf di masjid yang merupakan kegiatan ibadah yang berisi zikir dan ibadah lainnya. I’tikaf hanya dilakukan di masjid dan pelakunya tidak melaksanakan kegiatan lain di luar i’tikaf kecuali ada keperluan mendesak.

Maka, ketika Ramadhan mencapai hari terakhir, para sahabat menangis dan sedih, mereka tidak tahu apakah masih berpeluang menjumpai Ramadhan di tahun berikutnya.
Adakah 2013 Ramadhan terakhir kita?

Soalan cepu emas pada pagi yang penuh barokah..Saya masih ingat pada 2012 kita di gemparnya yang dunia akan kiamat..Masa tu lar semua dah risau termasuklah saya..Tapi isu yang paling penting adakah kita masih berpeluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun depan..Soalan yang tidak boleh di jawab oleh sesiapa pun kecuali Allah swt. Pernah dengar satu ungkapan "Beribadah seolah-olah mati besok".

Apa kita akan buat sekiranya mati besok? mesti 1000% komitmen kann. Sebenarnya mati tu dekat cuma kita jer tak sedar . Ada sesetengah yang merasakan mereka takan mati,mereka merasakan akan kekal buat selamanya. Mati itu pasti cuma cepat atau lambat sahaja.

Di kesempatan ini marilah ramai-ramai berhenti sejenak dari aktiviti-aktiviti dan berdoa pada Allah supaya kita di beri kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan. Memang syawal untuk kita bergumbira tetapi ingatlah yang perjuangan belum berakhir, Teruskan aktiviti-aktiviti  yang di lakukan di bulan Ramadhan.Penuhkan masjid-masjid,isi masa terluang dengan berzikir jangan lupa bersedekah. Anggaplah setiap masa dan bulan adalah Ramadhan.


Kepada yang gembira sangat kann syaitan dan iblis dan sedia untuk sambung tugasnya...Bergembira ler.

Akhir sekali saya memohon maaf sekiranya terkasar dalam penulisan ini maklumlah budak baru belajar. Harapan saya semua dapat melakukan anjakan paradigma...cehh wahh..dah lama tak gunakan ayat ni. Saya berkongsi dengan izin Allah swt. Yang baik dari Allah swt yang buruk dari saya sendiri.  Apa pun saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari  Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin,




Terima kasih Allah kerana memberikan kami kesempatan untuk menghabiskan Ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah Kami ke ramadhan seterusnya. Amin, Ya Rabbal- Alamin.


 -SHAFIZ AZMI-



Sumber : Blog Master Ruskan



Friday 2 August 2013

Kalau Aku Kaya - Hari-Hari Raya


Bismillah | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Selamat bercuti pada semua.Tengahari ni kita santai jer...Layan lagu "Bila aku Kaya". Sesuai dengan mood raya sekarang...

Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael.

Lirik dia menarik...jom kita layan.. hayati liriknya..

              
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama 







Nabi Muhammad SAW - Mentor Sepanjang Zaman

Bismillah..Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ya Allah berkati dah rahmati semua yang baca artikel ini.


Alhamdulillah, segala puji milik Allah, rabb semesta alam. Shalawat dan salam terlimpah dan tercurah kepada manusia pilihan, Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, keluarga dan para sahabatnya.

Siapakah mentor anda?..soalan yang kadang-kadang membuat kita pening untuk menjawabnya. Berapa ramai yang mempunyai mentor? Kenapa anda memilih seseorang untuk anda menjadikan contoh ikutan pada zaman sekarang? Apabila saya bertanyakan soalan cepu emas ini pasti jawapan bermacam-macam adakalanya sampai tak tahu nak jawapannya pun ada....

Berapa ramai yang akan menjawab Rasulullah saw ialah mentornya?

Mengikut kajian untuk 10 orang hanya satu jer yang akan menyebut Rasulullah saw ialah mentornya..hehehehe jangan sentap yer. Soalan yang buat saya berfikir lama sangat. Kenapa kebanyakan tidak menjawab Rasulullah sebagai Mentornya? Tapi takpe masing-masing mempunyai pendapat mereka tersendiri  dan saya berpendapat Rasullullah saw ialah Mentor sepangjang Zaman.

Kenapa?

Bila kita sebut Mentor kebanyakan orang kaitkan dengan pernigaan jadi kita ulas lebih dari sudut perniagaan. Mengapa Rasulullah perlu di jadikan Mentor kepada semua usahawan.


Sebelum kita bercerita tentang pangjang saya sertakan biodata Mentor yang juga kekasih Allah swt Nabi Muhammad saw.

Nama           : Muhamamad bin Abdullah
Tarirh lahir    : 12 Rabiul Awal tahun Gajah (570 M)
Tempat lahir  : Di kota Mekkah
Bangsa          : Quraisy ,Arab
Nama Ayah    : Abdullah bin Abd Mutalib
Nama Ibu      : Siti Aminah binti Wahab



Tahukah anda semua yang Rasulullah bermula mempelajari ilmu keusahawanan seawal umur 12 tahun dengan mengikuti rombongan pak saudara beliau Abu talib yang juga mentornya pada ketika muda untuk berdagang ke negeri Sham. Rasullullah saw juga mewarisi sifat ayahnya Abdullah bin Abd Mutalib seorang pemuda yang baik dan juga pedagang yang amat berjaya.Cuba tanya diri sendiri bila kita bermula sebagai usahawan?

Rasulullah saw juga menjadi pengembala kambing ketika berusia 8 tahun. Untuk mengembala kambing bukan semuadah di sangka. Kambing terkenal dengan bau hapak,degil dan tidak mendengar arahan.Usahawan wajar mengambil iktibar di sebalik mengembala kambing.In Shaa Allah anda akan belajar sesuatu.



Rasullullah saw juga di kenali sebagai "Al-Amin" iaitu Jujur dan Amanah ketika berniaga.Antara 4 sifat yang patut ada pada setiap usahawan yang ingin berniaga gaya Rasulullah ialah Benar,Amanah ,Sampaikan dan Bijak.

Pada umur Rasullullah 25 tahun, di Mekkah ada seorang wanita kaya dari keturunan Bani Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab. Namanya Siti Khadijah binti Khuwailid. Mengikut sumber kekayaan Siti Khadijah menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Apabila bila dia mendengar tentang Rasulullah, kejujuran Rasulullah dan peribadi Rasulullah yang sangat mulia, Siti Khadijah menawarkan kepada Rasulullah untuk menguruskan perniagaannya ke Syam. Rasulullah setuju dan keluarlah Rasulullah ke Syam membawa barang dagangan Siti Khadijah. Rasulullah juga ditemani oleh Maisarah, salah seorang khadam Siti Khadijah.

Mengapa Rasulullah ialah Mentor Sepangjang Zaman ?

1- Baginda ialah Rasul yang terakhir di utuskan oleh Allah swt.

2- Baginda Pemerintah Khalifah Islamiah yang pertama

3- Baginda ialah Jenaral Perang

4- Baginda ialah pemerintah Madinah

5- Bagainda ialah ahli perniagaan yang menguruskan perdagangan bagi pihak Siti Khatijah Khuwalid.

Melihat pada semua jawatan yang di pegang oleh baginda betapa hebatnya Rasulullah dalam semua bidang bak kata orang zaman sekali semua boleh..Itulah Nabi Muhammad saw yang amat saya sayangi.

Rasulullah saw mengamalkan sistem yang bagus dalam perniagaan antaranya

Pengurusan terbaik,Perhubungan awam (PR),Konsep Pemasaran, Bersaing dengan adil, Menjenamakan mengikut sunnah,Sumber manusia yang teratur,Menpunyai rakan niaga dan juga tanggungjawab sosial (CSR).

Walaupun konsep pernigaaan Rasulullah saw boleh di katakan klasik tapi pada pandangan saya model adalah sama cuma zaman sahaja yang berbeza.

Harapan saya ialah kita semua menjadikan Rasullullah saw sebagai mentor dalam apa sahaja tindakan yang akan kita lakukan.In Shaa Allah semua yang di lakukan akan mendapat barokah. Jangan lupa yang kita mempunyai Mentor Sepanjang Zaman Nabi Muhammad saw.

Maaf sekiranya ada terkasar bahasa yang baik dari Allah swt ,yang buruk dari saya sendiri . Di harap perkongsian ini dapat mencetus idea untuk sahabat-sahabat.

Jazakumullahu Kairan Kathira.

-Shafiz Azmi-

Sumber - Buku Jejak Bisnes Rasul
Blog      - rauhan-deen 


Tuesday 30 July 2013

"Jangan lupakan 10 malam terakhir Ramadhan"-Lailatul Qadar

Bismillah....Assalamualaikum

Ya Allah berkati dan rahmati semua yang membaca artikel ini.


Alhamdulilah syukur pada Allah swt pejam celik pejam celik, kita sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan begitu cepat masa berlalu adakah kita akan terpilih untuk menemui malam Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh keberkatan dan dinantikan oleh semua mukmin. Saya ingin berkongsi sedikit tentang kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan.

 

Sekarang bermulalah episod untuk memburu Lailatul Qadar. Adakah anda semua sudah bersedia ataupun sudah gugur di medan peperangan. Ketuk pintu tanya diri sendiri. Ingatan buat diriku juga. Sebelum saya terlupa kita sambung balik pada topik utama.

Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadhan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Di manakah kita sekarang? Masjid atau sibuk untuk menyiapkan persiapan hari raya atau sibuk menambahkan amalan.

Apakah kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan. Berapa ramai yang nak mendapatkan malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan? Sila cakap pada diri anda "Ana Nak".

Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3) 

Yang paling menarik pada malam-malam terakhir Ramadhan ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.


Apakah amalan-amalan terbaik di malam-malam terakhir Ramadhan .

 Ia merupakan amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadhan

1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Banyak lagi kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan sama-samalah kita rebut peluang ini kerana kita tidak pasti yang kita akan bertemu lagi bulan yang penuh barokah ini pada tahun depan. Harapan saya semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat untuk kita terus berada di landasan yang betul. In Shaa Allah.
Maafkan sekiranya terkasar bahasa yang baik hanya dari Allah swt yang buruk hanya diri saya.
-Shafiz Azmi-
Sumber
Blog- Tazkirah Jumaat
 




Sunday 28 July 2013

Bukan Sekadar IFTAR - "Syukur Now"

Bismillah... Assalamuaalaikum

Ya Allah berkati dan rahmati semua yang membaca artikel ini.

Bukan sekadar iftar.

Artikel ini sepatutnya di publish semalam tapi tak sempat kerana jemputan majlis berbuka puasa di Rumah Jalinan Kasih di Cheras semalam.

Alhamdulilah saya bersyukur sangat diberi peluang menghadiri  Majlis IFTAR SAMBIL BERAMAL BERSAMA DR. AZIZAN OSMAN anjuran RICHWELL 27 Julai 2013. Kenapa saya cakap bukan sekadar iftar ialah kerana pada pandangan ikhlas saya inilah iftar terbaik yang pernah saya hadiri selama saya hidup selama 30 tahun. Berape ramai yang setuju pendapat saya say "Ana!".



Inilah hakikatnya semua iftar yang telah saya hadiri bagus tapi Iftar kali ni luar biasa baiknya sebab dari jam 5 petang majlis mula sampailah selesai hampir pukul 1 pagi setiap saat diisi dengan acara sangat-sangat bermanfaat dan sarat dengan ilmu,Sebelum saya menulis lebih jauh baik kita berkenalan dengan penganjur iftar terhebat yang pernah saya hadiri itu pendapat saya ler orang lain saya tak tahu kerana kita bebas ada pendapat sendiri. Izinkan saya bercerita sedikit tentang Richwell dan matlamat utamanya.



RICHWELL ialah singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Richworks Group Sdn Bhn.  Pengasasnya ialah Dr Azizan Osman. Matlamat utama Richwell ialah menjalankan aktiviti kerja-kerja amal untuk tujuan amal bagi golongan yang terlalu miskin terabai,terainiaya,melaksanakan program yang berkaitan dengan kebajikan masyararakat.Tahniah pada Richwell untuk usaha yang sangat-sangat murni hanya Allah swt yang dapat membalas.

Berbalik pada majlis Iftar ini.Majlis bermula dalam pukul 6 petang dimulakan dengan ucapan pembukaan dari pengasasnya Dr Azizan Osman selepas itu bermula Tazkirah Ramadhan sampailah waktu berbuka,Yang paling saya kagumi dengan majlis Iftar ini ialah semua tetamu disajikan  kurma, kuih dan air zam-zam untuk berbuka puasa. Seusai berbuka aktiviti solat maghrib berjemaah. Kemudian, tetamu dipelawa untuk menjamu selera, itu menjadikan majlis Iftar ini memang luar biasa.Kebiasaan majlis iftar yang saya hadiri adalah makan sampai kenyang lepas itu barulah nak solat padahal kita semua tahu betapa pentingnya solat di awal waktu. Majlis ini memang mengikut sunnah Rasulullah saw. Alhamdulilah.



Majlis diteruskan dengan menjamu selera sambil dipersembahkan qasidah dari Anak Warisan Kasih. Antara nama-nama besar yang menghadiri majlis iftar ini ialah Habib Syech Assegaf, Afdlin Shauki, S.H. Alattas (Pak Habib) dan juga kumpulan alumni usahawan yang berjaya dalam indusri masing-masing.







Acara kemuncak ialah majlis meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Desa Fahmi , Alhamdulillah majlis yang sangat diberkati Allah swt kerana Rasulullah juga anak yatim. Sekiranya semua tahu betapa pentingnya menjaga anak yatim mesti semua tidak akan lepaskan peluang untuk berada dekat dengan Rasulullah saw seperti dua jari di syurga nanti.



“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR At-Tabhrani).


Majlis di teruskan juga penyampaian duit raya pada kanak-kanak yang hadir dan pemenang kuiz. Selepas itu semua bersolat isyak berjemaah dan juga solat tarawih.

Acara terakhir yang juga membuat majlis Iftar ini menjadi sangat-sangat istimewa ialah Qasidah Burdah yang didendangkan oleh Habib Syeck Assegaf  yang membuat saya meletakan Iftar ini yang terbaik yang saya pernah hadiri. Mungkin ramai yang tak tahu betapa bagusnya Qasidah  Burdah ni sebenarnya saya pun baru sahaja tahu.

Saya ingin berkongsi sedikit perihal Qasidah Burdah yang dihasilkan oleh Syarafuddin Abu Abdillah Muhammad bin Said bin Hamad Ash-Shonhaji al-Bushiri. Beliau seorang murid sufi besar. Saya rasa kebanyakan daripada kita tidak pernah mendengar Qasidah Burdah dan apakah kebaikan di sebalik pengamalannya. 

Qasidah Burdah adalah salah satu karya paling popular dalam khazanah sastera Islam. Isi-isinya, sajak-sajak pujian kepada Nabi Muhamad saw,pesan moral, nilai-nilai dan semangat perjuangan hingga kini masih di bacakan di Madrasah dan majlis peringatan Nabi Muhamad saw.

Qasidah Burdah juga sentiasa di bacakan di Madrasah-Madrasah dan juga di University Al-Azhar, Kairo.

Pada qasidah tersebut terdapat bait yang ertinya, “Aku berselawat kepada Rasulullah sebanyak jumlah haiwan dan tumbuhan yang diciptakan Allah.” Kemudian dalam mimpinya, beliau melihat Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam berkata bahawa sesungguhnya malaikat tak mampu menulis pahala selawat yang dibaca tersebut.


Habib Salim juga bercerita tentang seseorang yang telah berjanji kepada dirinya untuk menyusun syair hanya untuk memuji Allah dan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Suatu ketika ia tidak mempunyai wang dan terpaksa menyusun syair untuk memuji raja-raja agar mendapat wang. Ia pun mimpi Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Bukankah engkau telah berjanji hanya memuji Allah dan Rasul-Nya?! Aku akan memotong tanganmu.”

Kemudian datanglah Sayidina Abubakar r.a. meminta syafaat untuknya dan dikabulkan oleh Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Ketika ia terbangun dari tidurnya, ia pun langsung bertaubat. Kemudian ia melihat di tangannya terdapat tanda bekas potongan dan keluar cahaya dari situ.
Habib Salim mengatakan bahawa Burdah ini sangat mujarab untuk mengabulkan hajat-hajat kita dengan izin Allah. Namun terdapat syarat-syarat yang harus dipenuhi. Yaitu mempunyai sanad sampai kepada Imam Busyiri, mengulangi bait “maula ya solli wa sallim”, berwudhu’, menghadap kiblat, memahami makna bait-bait, dibaca dengan himmah (penghayatan) yang mendalam, beradab dan memakai wangian.
Qasidah ini disarankan pengamalannya untuk merawat penyakit lumpuh dan untuk membebaskan diri daripada sebarang masalah.  Kemungkinan kita boleh mencuba mengamalkannya untuk melepaskan diri dari pelbagai masalah. Usaha itu merupakan kerja kita, berjaya atau tidak adalah kerja Allah. Kita wajib berusaha mencari jalan dan sentiasa bersangka baik kepada ketetapan Allah, selebihnya yang menyembuhkan hanyalah Allah yang Maha Kuasa. Allahua'lam.



Alhamdulilah saya bersyukur pada Allah swt kerana dengan izinnya saya berada di majlis yang penuh barokah ini. Saya ucapkan tahniah pada Richwell dan semua yang bertungkus lumus menjadikan acara ini melekat di dalam hati. Saya percaya bukan saya sahaja yang berperasaan seperti itu. Terima kasih kepada Pengasas Richwell kerana menambah nilai pada ramai orang.

Ya Allah berkati dan rahmati Richwell supaya mereka dapat membantu lebih ramai lagi. Akhir sekali saya mohon maaf sekiranya penulisan saya tak sebaik maklumlah baru-baru nak mencuba menulis. Yang baik datang dari Allah swt yang buruk dari saya.

-Shafiz Azmi-

Sumber rujukan
Buku Qasidah Burdah (Disediakan oleh Richwell)
Blog sweet-ladybird
Blog kuliahadeen
Gambar- ReezQi Photo/Video Expert
               Fb Nur Amalia Cheryl

Friday 26 July 2013

Kenapa wajib memelihara hak anak-anak yatim

Bismillah ....

Ya Allah berkati dan rahmati semua yang membaca artikel ini.

Allahamdulilah kita sudah hampir sampai di penghujung Ramadan yang penuh barokah. Saban hari banyak majlis berbuka puasa yang melibatkan anak-anak yatim piatu. Sama-samalah kita menjaga mereka kerana Rasulullah saw juga anak yatim.

Kenapa kita wajib untuk memelihara atau membantu anak-anak yatim.?

Betapa bersyukurnya kita kerana masih  mempunyai ibu-bapa tapi adakah kita ingat kepada anak-anak yatim yang kehilangan kasih sayang ibu-bapa mereka . Cuba kita renung seketika adakah bantu hanya di beri pada bulan Ramandan sahaja.Siapakah yang akan membela mereka? Persoalan ini bermain-main di fikiran saya.
Apa perasaan anda apabila membaca ayat di atas? Di manakah kedudukan kita? Adakah kita sudah mula memberi atau tidak pernah berfikir pun.Adakah kita pasti yang kita akan hidup selamanya? Mengalir air mata bila memikirkan nasib mereka betapa bertuahnya kita di dunia yang masih mempunyai ibu- bapa.

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)
“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR At-Tabhrani).
SubhanAllah betapa mulianya orang yang menjaga anak-anak yatim betapa dekatnya mereka dengan Rasulullah saw. Marilah bersama-sama membantu anak-anak yatim ini. Membantu bukan sahaja melalui duit sahaja banyak lagi perkara yang boleh kita beri selain dari duit.

Saya ucapkan tahniah kepada semua yang menjaga anak-anak yatim ini hanya Allah swt yang dapat membalasnya.Pada diri saya yang selalu lupa ini ingatlah yang mati itu dekat .Adakah kita nak meninggalkan dunia dalam keadaan mendustakan agama. Ingatan buat diriku ini.

Harapan saya artikel ini dapat membuka mata walaupun kita sibuk dengan urusan dunia yang tidak habis-habis apa kata kita berhenti seketika untuk melihat atau ambil tahu pasal anak-anak istimewa ini.Kita di beri amanah untuk menjaga mereka.
Adakah kita sudah selesaikan amanah tersebut.

-Shafiz Azmi-


Malam Lailatul Qadar

Adakah anda dapat menemui Lailatul Qadar?

Bismillah | Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adakah ada masih kesempatan untuk menemui Lailatul Qadar?

Kejarlah sementara masih ada waktu.

-Shafiz Azmi-












Copyright @ 2013 Shafiz Azmi.