Friday 26 July 2013

Filled Under:

Kenapa wajib memelihara hak anak-anak yatim

Bismillah ....

Ya Allah berkati dan rahmati semua yang membaca artikel ini.

Allahamdulilah kita sudah hampir sampai di penghujung Ramadan yang penuh barokah. Saban hari banyak majlis berbuka puasa yang melibatkan anak-anak yatim piatu. Sama-samalah kita menjaga mereka kerana Rasulullah saw juga anak yatim.

Kenapa kita wajib untuk memelihara atau membantu anak-anak yatim.?

Betapa bersyukurnya kita kerana masih  mempunyai ibu-bapa tapi adakah kita ingat kepada anak-anak yatim yang kehilangan kasih sayang ibu-bapa mereka . Cuba kita renung seketika adakah bantu hanya di beri pada bulan Ramandan sahaja.Siapakah yang akan membela mereka? Persoalan ini bermain-main di fikiran saya.
Apa perasaan anda apabila membaca ayat di atas? Di manakah kedudukan kita? Adakah kita sudah mula memberi atau tidak pernah berfikir pun.Adakah kita pasti yang kita akan hidup selamanya? Mengalir air mata bila memikirkan nasib mereka betapa bertuahnya kita di dunia yang masih mempunyai ibu- bapa.

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)
“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR At-Tabhrani).
SubhanAllah betapa mulianya orang yang menjaga anak-anak yatim betapa dekatnya mereka dengan Rasulullah saw. Marilah bersama-sama membantu anak-anak yatim ini. Membantu bukan sahaja melalui duit sahaja banyak lagi perkara yang boleh kita beri selain dari duit.

Saya ucapkan tahniah kepada semua yang menjaga anak-anak yatim ini hanya Allah swt yang dapat membalasnya.Pada diri saya yang selalu lupa ini ingatlah yang mati itu dekat .Adakah kita nak meninggalkan dunia dalam keadaan mendustakan agama. Ingatan buat diriku ini.

Harapan saya artikel ini dapat membuka mata walaupun kita sibuk dengan urusan dunia yang tidak habis-habis apa kata kita berhenti seketika untuk melihat atau ambil tahu pasal anak-anak istimewa ini.Kita di beri amanah untuk menjaga mereka.
Adakah kita sudah selesaikan amanah tersebut.

-Shafiz Azmi-


0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Shafiz Azmi.