Monday 24 November 2014

7 pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

7 PESANAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

Berikut adalah 7 pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan Muslim.

1. Fokus Kepada Satu Perniagaan Sebelum Kembangkannya - Apabila memulakan sesuatu perniagaan, fokus kepada perniagaan tersebut sehingga betul-betul maju dan berjaya. Kemudian barulah berfikir untuk mengembangkan ataupun menceburi bidang pernigaan yang lain.Ini adalah kerana apabial perniagaan yang baru diceburi itu tidak maju, kita boleh berpatah balik kepada perniagaan pertama kita.

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah”                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

2. Kejayaan Perlukan Masa - Jangan mengharapkan kejayaan dalam jangka masa yang singkat. Setiap usaha ke arah kejayaan memerlukan masa yang panjang untuk berjaya.Apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh.

“Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang”                                                                                     - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

3. Jangan Putus Asa - Jangan mudah putus asa. Setiap perniagaan, kecil atau besar mempunyai cabaran, dugaan dan masalah tersendiri. Daripada situ jatuh bangunnya setiap pernigaan. Sekiranya kita tidak yakin dan mudah putus asa, pernigaan kita tidak akan ke mana.

"Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan."                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

4. Jangan Sekadar Mengharap Dibantu - Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti”                                                                                     - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

5. Yakin Dengan Diri Sendiri - Ramai usahawan yang jatuh bukan kerana mereka tidak bagus. Tetapi mereka tidak yakin dengan diri sendiri.

"Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin, Allah akan permudahkan urusan kita."                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

6. Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri - Beliau merupakan seorang usahawan yang banyak membantu masyarakat dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka.

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan”                                                                         
- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Setiap usahawan perlu berfikir bahawa pernigaan yang kita jalankan bukan hanya untuk kepentingan diri kita dan keluarga sahaja. Tetapi juga demi membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan,

7. Usahawan Islam Ada Akhirat - Setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia dan akhir

7 formula baru untuk mencapai kejayaan maksimum

Bismillah..

7 Formula baru untuk mencapai kejayaan maksimum.

1)Jaga kabel anda dengan Allah swt. Tentukan ape yang anda mahukan.

2)Tulis matlamat  anda dengan jelas.

3)Anda mesti tetapkan tarikh dan tarikh akhir untuk capai ape yang anda mahu.

4)Anda senarai semua perkara yang anda fikir kan lakukan untuk mencapai matlamat anda. 

5)Anda susun senarai menjadi pelan tindakan.

6)Anda mesti bertindak serta merta  dan pantas.

7)Setiap saat sentiasa berdoa  kepada Allah.  Bertekad untuk melakukan perkara yang membawa anda ke Matlamat tampa putus asa.

In Shah Allah ini adalah formula para jutawan. Follow yang telah tunjuk result anda akan kurangkan  risiko kegagalan.

#berkongsidenganhati
#kuasaijualan
#berkongsikeranaAllah

Mr SA@SH

Sunday 23 November 2014

Rahsia Kaya dan terus berjaya.

Bismillah... Assalamualaikum  wbt

Rahsia Menjadi Kaya dan terus berjaya.

Belajar dengan pakar atau pun Mentor

Ramai orang nak berjaya tapi sering kali terlupa untuk memilih Mentor atau pakar untuk memastikan kejayaan milik anda.

Ini formula yang di Amalia oleh semua Jutawan di seluruh dunia. Anda kena buang penyakit "EGO" anda. 'sentral berjaya kepada mereka kerana mereka tidak akan lokek untuk berkongsi ilmu.

Tips memilih guru@pakar@mentor.

Ramai orang memilih Mentor yang mereka tidak boleh dekati kajian  saya selamat 6 tahun mengatakan setiap orang perlukan coach atau Mentor untuk mereka bertanya  atau meluahkan perasaan dalam hal perniagaan.

Anda perlukan coach yang boleh memastikan enegy anda sentiasa tinggi . Janji mentor itu anda selesa In Shah Allah kejayaan  milik anda.

Dalam setiap kelas saya sering kali saya ingatkan supaya  menjaga kabel anda dengan ALLAH SWT. Antena anda kena berada dalam chanel yang betul. Sentiasa kena di service.

Selamat mencuba cuba Hajar Abdullah, Mohamad Nazri Daud, Mohd Rizuan Shah mereka ni pernah berada dalam kelas saya.

Selamat mencuba.

Belanja like yer.

#berkongsidenganhati
#kuasaijualan
#berkongsikeranaAllah

Mr SA @ SH
Mentor Jualan # 1 Malaysia
Moderator Al-Attas University of life

Friday 21 November 2014

Aku yang dulu vs Aku yang sekarang

Aku yang dulu vs Aku yang sekarang.

Alhamdulilah syukur pada Allah swt  dan selawat  pada nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw. Saya doakan semua yang baca post ini di rahmati  Allah swt.

Tiba-tiba teringat pada awalnya pembabitanku  dalam dunia traning  atau dunia  untuk menambah nilai. Jatuh cinta pada bidang  ini apabila melihat Mentorku Dr Azizan Osman buat pertama kali  di dewan MCA  pada januari 2011. Di saat mula  memasang  angan-angan  untuk  menjadi  seperti  beliau satu hari nanti.

Tiada kejayaan di capai  dengan cara yang mudah.

Tampa keberanian mimpi  tidak  akan jadi kenyataan. Bagaimana  orang yang khufur  nikmat pada ketika  dulu boleh berjaya? Kenapa  khufur  nikmat sebab aku selalu bertanya kepada Allah swt kenape aku jadi "Budak Gagap" gelaran yang paling aku benci  dahulu.

Sekarang aku mengunakan kekurangan untuk menambah nilai dan paling best dengan suara Gagap  ni aku mencari  sesuap  nasi dan menjadikan aku kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Sape sangka"budak gagap" boleh menjadi trainer atau public speaker.

Tampa kusedari  impian telah ku  pasakan  dalam diriku  untuk menjadi seorang  trainer atau public speaker takpe kusedari dan dia menjadi impian. Bagaimana yang kupelajari  konsep  MESTI  dalam setiap tindakan  yang di pelajari dari Mentorku  Hj Dr Azizan Osman.

Ini memang bidang yang Allah swt dah tulis di Luh Mahfuz. Seminar pertamaku  di buat di Masjid Al-Azim Melaya semperna  Maulidur Rasul peringkat negeri melaka. Alhamdulilah  berjaya dan membuat semangatku tahap  gaban.

Bahaya  bila konfiden tahap lupa diri.

Bila dah berjaya dengan seminar pertama  semangat berkobar-kobar dan terus  membuat seminar ke dunia di kuala lumpur.Berbekal semangat di melaka terus ghairah untuk buat seminar kedua tampa membuat perancangan bak kataku dalam seminar BMC  POWER gagal  merancang  bermakna  anda merancang untuk gagal.

Pada hari itu aku menerima kegagalan yang bila mana  aku jangka  700 orang  akan hadir . Yang hadir hanyalah  97 orang  jer . Itu menyentap jiwaku dan secara  Tiba-tiba budak kecil dalam diriku berkata  "Shafiz kau takyah lar buat seminar ini bukan keja kau" dengan itu aku pun mengikut kata - kata  budak kecil tu.

Bertapa  hampir 1 tahun  setengah.

Bila gagal  terus putus asa  terus  bertapa hampir setahun setengah. Nasib  baik bisnes pengangkutanku  masih ada kalau tak habislah. Terima kasih kepada isteriku  Nur Amalia Cheryl kerana berada di sampingku. Beliau sentiasa  berada  di kala aku berada  dalam kesedihan.Di sebalik kejayaan lelaki pasti ada wanita di belakangnya.

Juga seluruh keluagaku terutama Mentorku abahku  Azmi Apa yang sentiasa  memberiku dorongan. Banyak ilmu dapatku  sedut darinya. Beliau adalah the best Mentor selepas Rasulullah saw.

2014 ialah  tahun kebangkitanku dalam dunia traning.

Pada tahun 2014 aku sudah mula menerima jemputan  untuk berkongsi tentang ilmu menjual  diri(jualan) dan  menerima  maklumbalas  yang bagus dari setiap peserta. Alhamdulilah syukur pada Allah swt pada bulan March bergandingan  dengan insan istimewa Nora Hj Osman dalam seminar Seni  Jualan dengan Sistem. Terima kasih kak sebab membantu dan memberi semangat pada adik akak ni.

Aku belajar dari Mentorku  yang masalah ialah peluang. Aku terus mengkaji  masalah  usahahawan  dan mendapat kesimpulan  yang ramai usahahawan tak begitu kenal perniagaan mereka dan tercetus idea untuk buat kelas Bisnes Model Canvas Power. Alhamdulilah mendapat maklumbalas yang bagus  dengan mengubah struktur asas BMC POWER  lebih islamic.

Banyak testimomi bertaburan di bumi  Allah swt ini. Satu matlamatku berkongsi kerana Allah swt. Aku sangat suka berkongsi ilmu.

Selepas itu lahirnya Klinik Kuasai Jualan yang bagiku ilmu yang patut ada pada  setiap  usahawan. Jualan ialah penyerang semua usahawan  wajib ada ilmu menjaringakan gol. Pengalaman 11 tahun sebagai penjual. In Shah Allah akan di kongsikan.

Nikmat ape lagi yang nak aku dustakan lagi. Pada 15 Nov 2014 aku telah di amanahkan oleh S. H. Alattas  aka Pak Habib juga abahku  untuk menyambung kembali Al-Attas University of life. Wah satu penghargaan pada diriku.

3 perkara  yang dapat kusimpulkan.

Pertama jangan sekali putus asa kerana perancangan Allah swt lebih baik dari manusia.

Kedua sentiasa  yakin  dengan Allah swt  bukan bergantung pada makluk.

Ketiga berkongsi ilmu  kerana Allah swt. Bak kata Mentorku Dato Roslan Ab Hamid bila berkongsi dengan hati hanya hati  yang akan  mendengar.Credit juga pada Tuan Jerry Zafrul Rizal Mat dan Richworks team.

Ribuan terima  kasih kepada semua yang terlibat dalam perjalananku  menuju ke jalan yang  di redhai  Allah swt. Saya doakan anda semua  di rahmati dan berkati Allah swt.

Banyak perkara baik telah menarik ke hidupku. Doakanku suara dapat terus berbakti pada bangsa dan agamaku.

Hajar Abdullah boleh mendokumentasikan coretan ini.

#berkongsidenganhati
#berkongsikeranaAllah

Mr SA
Mentor Jualan # 1 Malaysia
Mederator Al-Attas University of life.



Copyright @ 2013 Shafiz Azmi.