Friday 21 November 2014

Filled Under:

Aku yang dulu vs Aku yang sekarang

Aku yang dulu vs Aku yang sekarang.

Alhamdulilah syukur pada Allah swt  dan selawat  pada nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw. Saya doakan semua yang baca post ini di rahmati  Allah swt.

Tiba-tiba teringat pada awalnya pembabitanku  dalam dunia traning  atau dunia  untuk menambah nilai. Jatuh cinta pada bidang  ini apabila melihat Mentorku Dr Azizan Osman buat pertama kali  di dewan MCA  pada januari 2011. Di saat mula  memasang  angan-angan  untuk  menjadi  seperti  beliau satu hari nanti.

Tiada kejayaan di capai  dengan cara yang mudah.

Tampa keberanian mimpi  tidak  akan jadi kenyataan. Bagaimana  orang yang khufur  nikmat pada ketika  dulu boleh berjaya? Kenapa  khufur  nikmat sebab aku selalu bertanya kepada Allah swt kenape aku jadi "Budak Gagap" gelaran yang paling aku benci  dahulu.

Sekarang aku mengunakan kekurangan untuk menambah nilai dan paling best dengan suara Gagap  ni aku mencari  sesuap  nasi dan menjadikan aku kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Sape sangka"budak gagap" boleh menjadi trainer atau public speaker.

Tampa kusedari  impian telah ku  pasakan  dalam diriku  untuk menjadi seorang  trainer atau public speaker takpe kusedari dan dia menjadi impian. Bagaimana yang kupelajari  konsep  MESTI  dalam setiap tindakan  yang di pelajari dari Mentorku  Hj Dr Azizan Osman.

Ini memang bidang yang Allah swt dah tulis di Luh Mahfuz. Seminar pertamaku  di buat di Masjid Al-Azim Melaya semperna  Maulidur Rasul peringkat negeri melaka. Alhamdulilah  berjaya dan membuat semangatku tahap  gaban.

Bahaya  bila konfiden tahap lupa diri.

Bila dah berjaya dengan seminar pertama  semangat berkobar-kobar dan terus  membuat seminar ke dunia di kuala lumpur.Berbekal semangat di melaka terus ghairah untuk buat seminar kedua tampa membuat perancangan bak kataku dalam seminar BMC  POWER gagal  merancang  bermakna  anda merancang untuk gagal.

Pada hari itu aku menerima kegagalan yang bila mana  aku jangka  700 orang  akan hadir . Yang hadir hanyalah  97 orang  jer . Itu menyentap jiwaku dan secara  Tiba-tiba budak kecil dalam diriku berkata  "Shafiz kau takyah lar buat seminar ini bukan keja kau" dengan itu aku pun mengikut kata - kata  budak kecil tu.

Bertapa  hampir 1 tahun  setengah.

Bila gagal  terus putus asa  terus  bertapa hampir setahun setengah. Nasib  baik bisnes pengangkutanku  masih ada kalau tak habislah. Terima kasih kepada isteriku  Nur Amalia Cheryl kerana berada di sampingku. Beliau sentiasa  berada  di kala aku berada  dalam kesedihan.Di sebalik kejayaan lelaki pasti ada wanita di belakangnya.

Juga seluruh keluagaku terutama Mentorku abahku  Azmi Apa yang sentiasa  memberiku dorongan. Banyak ilmu dapatku  sedut darinya. Beliau adalah the best Mentor selepas Rasulullah saw.

2014 ialah  tahun kebangkitanku dalam dunia traning.

Pada tahun 2014 aku sudah mula menerima jemputan  untuk berkongsi tentang ilmu menjual  diri(jualan) dan  menerima  maklumbalas  yang bagus dari setiap peserta. Alhamdulilah syukur pada Allah swt pada bulan March bergandingan  dengan insan istimewa Nora Hj Osman dalam seminar Seni  Jualan dengan Sistem. Terima kasih kak sebab membantu dan memberi semangat pada adik akak ni.

Aku belajar dari Mentorku  yang masalah ialah peluang. Aku terus mengkaji  masalah  usahahawan  dan mendapat kesimpulan  yang ramai usahahawan tak begitu kenal perniagaan mereka dan tercetus idea untuk buat kelas Bisnes Model Canvas Power. Alhamdulilah mendapat maklumbalas yang bagus  dengan mengubah struktur asas BMC POWER  lebih islamic.

Banyak testimomi bertaburan di bumi  Allah swt ini. Satu matlamatku berkongsi kerana Allah swt. Aku sangat suka berkongsi ilmu.

Selepas itu lahirnya Klinik Kuasai Jualan yang bagiku ilmu yang patut ada pada  setiap  usahawan. Jualan ialah penyerang semua usahawan  wajib ada ilmu menjaringakan gol. Pengalaman 11 tahun sebagai penjual. In Shah Allah akan di kongsikan.

Nikmat ape lagi yang nak aku dustakan lagi. Pada 15 Nov 2014 aku telah di amanahkan oleh S. H. Alattas  aka Pak Habib juga abahku  untuk menyambung kembali Al-Attas University of life. Wah satu penghargaan pada diriku.

3 perkara  yang dapat kusimpulkan.

Pertama jangan sekali putus asa kerana perancangan Allah swt lebih baik dari manusia.

Kedua sentiasa  yakin  dengan Allah swt  bukan bergantung pada makluk.

Ketiga berkongsi ilmu  kerana Allah swt. Bak kata Mentorku Dato Roslan Ab Hamid bila berkongsi dengan hati hanya hati  yang akan  mendengar.Credit juga pada Tuan Jerry Zafrul Rizal Mat dan Richworks team.

Ribuan terima  kasih kepada semua yang terlibat dalam perjalananku  menuju ke jalan yang  di redhai  Allah swt. Saya doakan anda semua  di rahmati dan berkati Allah swt.

Banyak perkara baik telah menarik ke hidupku. Doakanku suara dapat terus berbakti pada bangsa dan agamaku.

Hajar Abdullah boleh mendokumentasikan coretan ini.

#berkongsidenganhati
#berkongsikeranaAllah

Mr SA
Mentor Jualan # 1 Malaysia
Mederator Al-Attas University of life.



0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Shafiz Azmi.