Sunday 28 July 2013

Filled Under:

Bukan Sekadar IFTAR - "Syukur Now"

Bismillah... Assalamuaalaikum

Ya Allah berkati dan rahmati semua yang membaca artikel ini.

Bukan sekadar iftar.

Artikel ini sepatutnya di publish semalam tapi tak sempat kerana jemputan majlis berbuka puasa di Rumah Jalinan Kasih di Cheras semalam.

Alhamdulilah saya bersyukur sangat diberi peluang menghadiri  Majlis IFTAR SAMBIL BERAMAL BERSAMA DR. AZIZAN OSMAN anjuran RICHWELL 27 Julai 2013. Kenapa saya cakap bukan sekadar iftar ialah kerana pada pandangan ikhlas saya inilah iftar terbaik yang pernah saya hadiri selama saya hidup selama 30 tahun. Berape ramai yang setuju pendapat saya say "Ana!".



Inilah hakikatnya semua iftar yang telah saya hadiri bagus tapi Iftar kali ni luar biasa baiknya sebab dari jam 5 petang majlis mula sampailah selesai hampir pukul 1 pagi setiap saat diisi dengan acara sangat-sangat bermanfaat dan sarat dengan ilmu,Sebelum saya menulis lebih jauh baik kita berkenalan dengan penganjur iftar terhebat yang pernah saya hadiri itu pendapat saya ler orang lain saya tak tahu kerana kita bebas ada pendapat sendiri. Izinkan saya bercerita sedikit tentang Richwell dan matlamat utamanya.



RICHWELL ialah singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Richworks Group Sdn Bhn.  Pengasasnya ialah Dr Azizan Osman. Matlamat utama Richwell ialah menjalankan aktiviti kerja-kerja amal untuk tujuan amal bagi golongan yang terlalu miskin terabai,terainiaya,melaksanakan program yang berkaitan dengan kebajikan masyararakat.Tahniah pada Richwell untuk usaha yang sangat-sangat murni hanya Allah swt yang dapat membalas.

Berbalik pada majlis Iftar ini.Majlis bermula dalam pukul 6 petang dimulakan dengan ucapan pembukaan dari pengasasnya Dr Azizan Osman selepas itu bermula Tazkirah Ramadhan sampailah waktu berbuka,Yang paling saya kagumi dengan majlis Iftar ini ialah semua tetamu disajikan  kurma, kuih dan air zam-zam untuk berbuka puasa. Seusai berbuka aktiviti solat maghrib berjemaah. Kemudian, tetamu dipelawa untuk menjamu selera, itu menjadikan majlis Iftar ini memang luar biasa.Kebiasaan majlis iftar yang saya hadiri adalah makan sampai kenyang lepas itu barulah nak solat padahal kita semua tahu betapa pentingnya solat di awal waktu. Majlis ini memang mengikut sunnah Rasulullah saw. Alhamdulilah.



Majlis diteruskan dengan menjamu selera sambil dipersembahkan qasidah dari Anak Warisan Kasih. Antara nama-nama besar yang menghadiri majlis iftar ini ialah Habib Syech Assegaf, Afdlin Shauki, S.H. Alattas (Pak Habib) dan juga kumpulan alumni usahawan yang berjaya dalam indusri masing-masing.







Acara kemuncak ialah majlis meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Desa Fahmi , Alhamdulillah majlis yang sangat diberkati Allah swt kerana Rasulullah juga anak yatim. Sekiranya semua tahu betapa pentingnya menjaga anak yatim mesti semua tidak akan lepaskan peluang untuk berada dekat dengan Rasulullah saw seperti dua jari di syurga nanti.



“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR At-Tabhrani).


Majlis di teruskan juga penyampaian duit raya pada kanak-kanak yang hadir dan pemenang kuiz. Selepas itu semua bersolat isyak berjemaah dan juga solat tarawih.

Acara terakhir yang juga membuat majlis Iftar ini menjadi sangat-sangat istimewa ialah Qasidah Burdah yang didendangkan oleh Habib Syeck Assegaf  yang membuat saya meletakan Iftar ini yang terbaik yang saya pernah hadiri. Mungkin ramai yang tak tahu betapa bagusnya Qasidah  Burdah ni sebenarnya saya pun baru sahaja tahu.

Saya ingin berkongsi sedikit perihal Qasidah Burdah yang dihasilkan oleh Syarafuddin Abu Abdillah Muhammad bin Said bin Hamad Ash-Shonhaji al-Bushiri. Beliau seorang murid sufi besar. Saya rasa kebanyakan daripada kita tidak pernah mendengar Qasidah Burdah dan apakah kebaikan di sebalik pengamalannya. 

Qasidah Burdah adalah salah satu karya paling popular dalam khazanah sastera Islam. Isi-isinya, sajak-sajak pujian kepada Nabi Muhamad saw,pesan moral, nilai-nilai dan semangat perjuangan hingga kini masih di bacakan di Madrasah dan majlis peringatan Nabi Muhamad saw.

Qasidah Burdah juga sentiasa di bacakan di Madrasah-Madrasah dan juga di University Al-Azhar, Kairo.

Pada qasidah tersebut terdapat bait yang ertinya, “Aku berselawat kepada Rasulullah sebanyak jumlah haiwan dan tumbuhan yang diciptakan Allah.” Kemudian dalam mimpinya, beliau melihat Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam berkata bahawa sesungguhnya malaikat tak mampu menulis pahala selawat yang dibaca tersebut.


Habib Salim juga bercerita tentang seseorang yang telah berjanji kepada dirinya untuk menyusun syair hanya untuk memuji Allah dan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Suatu ketika ia tidak mempunyai wang dan terpaksa menyusun syair untuk memuji raja-raja agar mendapat wang. Ia pun mimpi Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Bukankah engkau telah berjanji hanya memuji Allah dan Rasul-Nya?! Aku akan memotong tanganmu.”

Kemudian datanglah Sayidina Abubakar r.a. meminta syafaat untuknya dan dikabulkan oleh Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Ketika ia terbangun dari tidurnya, ia pun langsung bertaubat. Kemudian ia melihat di tangannya terdapat tanda bekas potongan dan keluar cahaya dari situ.
Habib Salim mengatakan bahawa Burdah ini sangat mujarab untuk mengabulkan hajat-hajat kita dengan izin Allah. Namun terdapat syarat-syarat yang harus dipenuhi. Yaitu mempunyai sanad sampai kepada Imam Busyiri, mengulangi bait “maula ya solli wa sallim”, berwudhu’, menghadap kiblat, memahami makna bait-bait, dibaca dengan himmah (penghayatan) yang mendalam, beradab dan memakai wangian.
Qasidah ini disarankan pengamalannya untuk merawat penyakit lumpuh dan untuk membebaskan diri daripada sebarang masalah.  Kemungkinan kita boleh mencuba mengamalkannya untuk melepaskan diri dari pelbagai masalah. Usaha itu merupakan kerja kita, berjaya atau tidak adalah kerja Allah. Kita wajib berusaha mencari jalan dan sentiasa bersangka baik kepada ketetapan Allah, selebihnya yang menyembuhkan hanyalah Allah yang Maha Kuasa. Allahua'lam.



Alhamdulilah saya bersyukur pada Allah swt kerana dengan izinnya saya berada di majlis yang penuh barokah ini. Saya ucapkan tahniah pada Richwell dan semua yang bertungkus lumus menjadikan acara ini melekat di dalam hati. Saya percaya bukan saya sahaja yang berperasaan seperti itu. Terima kasih kepada Pengasas Richwell kerana menambah nilai pada ramai orang.

Ya Allah berkati dan rahmati Richwell supaya mereka dapat membantu lebih ramai lagi. Akhir sekali saya mohon maaf sekiranya penulisan saya tak sebaik maklumlah baru-baru nak mencuba menulis. Yang baik datang dari Allah swt yang buruk dari saya.

-Shafiz Azmi-

Sumber rujukan
Buku Qasidah Burdah (Disediakan oleh Richwell)
Blog sweet-ladybird
Blog kuliahadeen
Gambar- ReezQi Photo/Video Expert
               Fb Nur Amalia Cheryl

4 comments:

  1. Alhamdulillah :') terharu membaca apa yang telah dilakukan oleh orang2 yang Kaya tapi masih cinta pada Agama.. mereka bukan hanya sekadar kaya di dunia,tapi di akhirat juga..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Walaupun tidak berkesempatan bersama pada majlis tersebut, namun sedikit sebanyak mendapat idea dan fahaman tentang apa yang menarik dalam majlis tersebut. Beruntunglah pada kalian yang menghadiri majlis tersebut. Saya dan keluarga mendoakan agar anda dan keluarga serta semua kaum muslimin dan muslimat mendapat petunjuk dan hidayah dari Dia yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  3. Pedihnya hati membaca kerana tidak dapat hadir bersama pada malam itu :(

    ReplyDelete
  4. Bismillah | Saudara Joe .In Shaa Allah akan ada majlis yang sama nanti..semua berlaku dengan izin Allah swt.

    ReplyDelete

Copyright @ 2013 Shafiz Azmi.