Aku yang dulu vs Aku yang sekarang.
Alhamdulilah syukur pada Allah swt dan selawat pada nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw. Saya doakan semua yang baca post ini di rahmati Allah swt.
Tiba-tiba teringat pada awalnya pembabitanku dalam dunia traning atau dunia untuk menambah nilai. Jatuh cinta pada bidang ini apabila melihat Mentorku Dr Azizan Osman buat pertama kali di dewan MCA pada januari 2011. Di saat mula memasang angan-angan untuk menjadi seperti beliau satu hari nanti.
Tiada kejayaan di capai dengan cara yang mudah.
Tampa keberanian mimpi tidak akan jadi kenyataan. Bagaimana orang yang khufur nikmat pada ketika dulu boleh berjaya? Kenapa khufur nikmat sebab aku selalu bertanya kepada Allah swt kenape aku jadi "Budak Gagap" gelaran yang paling aku benci dahulu.
Sekarang aku mengunakan kekurangan untuk menambah nilai dan paling best dengan suara Gagap ni aku mencari sesuap nasi dan menjadikan aku kaya dan berjaya dunia dan akhirat.
Sape sangka"budak gagap" boleh menjadi trainer atau public speaker.
Tampa kusedari impian telah ku pasakan dalam diriku untuk menjadi seorang trainer atau public speaker takpe kusedari dan dia menjadi impian. Bagaimana yang kupelajari konsep MESTI dalam setiap tindakan yang di pelajari dari Mentorku Hj Dr Azizan Osman.
Ini memang bidang yang Allah swt dah tulis di Luh Mahfuz. Seminar pertamaku di buat di Masjid Al-Azim Melaya semperna Maulidur Rasul peringkat negeri melaka. Alhamdulilah berjaya dan membuat semangatku tahap gaban.
Bahaya bila konfiden tahap lupa diri.
Bila dah berjaya dengan seminar pertama semangat berkobar-kobar dan terus membuat seminar ke dunia di kuala lumpur.Berbekal semangat di melaka terus ghairah untuk buat seminar kedua tampa membuat perancangan bak kataku dalam seminar BMC POWER gagal merancang bermakna anda merancang untuk gagal.
Pada hari itu aku menerima kegagalan yang bila mana aku jangka 700 orang akan hadir . Yang hadir hanyalah 97 orang jer . Itu menyentap jiwaku dan secara Tiba-tiba budak kecil dalam diriku berkata "Shafiz kau takyah lar buat seminar ini bukan keja kau" dengan itu aku pun mengikut kata - kata budak kecil tu.
Bertapa hampir 1 tahun setengah.
Bila gagal terus putus asa terus bertapa hampir setahun setengah. Nasib baik bisnes pengangkutanku masih ada kalau tak habislah. Terima kasih kepada isteriku Nur Amalia Cheryl kerana berada di sampingku. Beliau sentiasa berada di kala aku berada dalam kesedihan.Di sebalik kejayaan lelaki pasti ada wanita di belakangnya.
Juga seluruh keluagaku terutama Mentorku abahku Azmi Apa yang sentiasa memberiku dorongan. Banyak ilmu dapatku sedut darinya. Beliau adalah the best Mentor selepas Rasulullah saw.
2014 ialah tahun kebangkitanku dalam dunia traning.
Pada tahun 2014 aku sudah mula menerima jemputan untuk berkongsi tentang ilmu menjual diri(jualan) dan menerima maklumbalas yang bagus dari setiap peserta. Alhamdulilah syukur pada Allah swt pada bulan March bergandingan dengan insan istimewa Nora Hj Osman dalam seminar Seni Jualan dengan Sistem. Terima kasih kak sebab membantu dan memberi semangat pada adik akak ni.
Aku belajar dari Mentorku yang masalah ialah peluang. Aku terus mengkaji masalah usahahawan dan mendapat kesimpulan yang ramai usahahawan tak begitu kenal perniagaan mereka dan tercetus idea untuk buat kelas Bisnes Model Canvas Power. Alhamdulilah mendapat maklumbalas yang bagus dengan mengubah struktur asas BMC POWER lebih islamic.
Banyak testimomi bertaburan di bumi Allah swt ini. Satu matlamatku berkongsi kerana Allah swt. Aku sangat suka berkongsi ilmu.
Selepas itu lahirnya Klinik Kuasai Jualan yang bagiku ilmu yang patut ada pada setiap usahawan. Jualan ialah penyerang semua usahawan wajib ada ilmu menjaringakan gol. Pengalaman 11 tahun sebagai penjual. In Shah Allah akan di kongsikan.
Nikmat ape lagi yang nak aku dustakan lagi. Pada 15 Nov 2014 aku telah di amanahkan oleh S. H. Alattas aka Pak Habib juga abahku untuk menyambung kembali Al-Attas University of life. Wah satu penghargaan pada diriku.
3 perkara yang dapat kusimpulkan.
Pertama jangan sekali putus asa kerana perancangan Allah swt lebih baik dari manusia.
Kedua sentiasa yakin dengan Allah swt bukan bergantung pada makluk.
Ketiga berkongsi ilmu kerana Allah swt. Bak kata Mentorku Dato Roslan Ab Hamid bila berkongsi dengan hati hanya hati yang akan mendengar.Credit juga pada Tuan Jerry Zafrul Rizal Mat dan Richworks team.
Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perjalananku menuju ke jalan yang di redhai Allah swt. Saya doakan anda semua di rahmati dan berkati Allah swt.
Banyak perkara baik telah menarik ke hidupku. Doakanku suara dapat terus berbakti pada bangsa dan agamaku.
Hajar Abdullah boleh mendokumentasikan coretan ini.
#berkongsidenganhati
#berkongsikeranaAllah
Mr SA
Mentor Jualan # 1 Malaysia
Mederator Al-Attas University of life.
0 comments:
Post a Comment