Sebenarnya ramadhan kali membawa banyak makna dalam hidupku di kala kita meraikan nikmat Allah swt ni saudara kita di palestin sedang berjuang untuk mempertahankan agama kita yang amat di sayangi.Adakah kita sanggup melihat israel yang tidak berperikemanusian ini membunuh saudara kita tapi kita di lekakan dengan piala dunia...aduhai donia...In shaa Allah akanku tulis artikel berkenaan dalam 2 @ 3 hari lagi.
Sekarang ni hanya nak bercerita tentang pengalamanku dalam bilik bersalin..Alhamdulilah aku di beri kesempatan merasai pengalaman berada di bilik bersalin.Pada mulainya aku merasakan hanya biasa sahajamaklumlah lelaki kan penuh dengan moto yamaha ego.Apabila selesai sahaja proses kelahiran aku betul-betul tersentap dan mengalirkan air mata.Mungkin bagi sesetengah lelaki anggap itu biasa sahaja.Tiba-tiba aku berfikir Ya Allah begini susah ibuku untuk membawaku ke dunia@begitu susah para-para isteri mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah...faham ke faham..
Tiba-tiba hatiku berdetik patutlah Allah swt memberi kedudukan yang tinggi pada seorang ibu@isteri.Kalau macam tu lar aku ni mesti dah ada tiket ke neraka camtu"terus terbayang adakah aku anak yang soleh?adakah aku seorang suami yang soleh?.Banyak soalan bermain di fikiran ku.
Pernah dengan kiasan "Syurga di telapak kaki ibu"memang tepat apabila kita melalui pengalaman menemankan isteri bersalin.Pernah anda buat ibu anda menangis?Soalan cepu emas ni agak-agak apa jawapannya..Kadang-kadang tampa kita sedari dah dapat title anak derhaka.So tempat anak derhaka kat mane? Neraka kan ..Betul tak saya cakap ramai dah tempah tiket vvip ke neraka...neraka no berape belum tahu lagi...Wah takutnya..Ingatan buat diriku ...sentap beb..
Sekadar Gambar hiasan
Kerap kaliku dengan dari Mentorku Dr Azizan Osman tentang menjaga keramat hidup(ibu-bapa)dan memang itulah yang wajib di lakukan oleh semua anak-anak di dunia ini.
Di bawah juga ada beberapa bukti tentang hujan di atas harap dapat memberi info yang cukup kepada pemilik tiket-tiket vvip tersebut.Jangan risau yang baca artikel ini ok.
DERHAKA KEPADA IBUBAPA TERMASUK DOSA BESAR.
Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.[1]
Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:
Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.[2]
Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.
‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:
Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).[3]
Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.
Dalam shahih al-Bukhari diriwayatkan dari Ibn Mas’ud, ia berkata “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah ?’ , Beliau bersabda, ‘Sholat pada waktunya’, Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berbakti kepada kedua orang tua’, Saya bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berjihad (berjuang) di jalan Allah’. Kemudian Rasulullah mengkhabarkan bahwa berbakti kepada orang tua adalah amalan yang paling disukai oleh Allah setelah shalat yang merupakan paling agungnya tiang-tiang agama islam. “ (HR.Bukhari dan Muslim).
Sempat juga cari beberape info untuk di kongsi
1.Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.Agak-agak ler berape titis air mata ibu kita telah jatuhkan kepada sesiapa yang masih ada ibu tu cepat-cepat minta maaf nanti menyesal.
Pernah melakukan perkara di bawah samaada sedar atau tidak?
1Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu.
2. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.Jadi doakanlah Ibu kita yang telah tiada.
4. Ketika melalui kubur, perlahankan dan beri salam, Mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.
5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan.
6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
7. Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
10. Allah panjangkan usia Ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
11. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Mr SA
11 Julai 2014
7.55am
HUKM
0 comments:
Post a Comment