Bismillah...Assalamulaikum wbt
Alhamdulilah syukur kepada Allah swt dengan izin-Nya masih di beri kesempatan untuku menulis setelah hampir setahun berhenti seketika menjadi blogger.Di hari yang penuh barokah ramadhan ke -4 ingin sekali berkongsi artikel yang sangat-sangat terbaik dari mentorku Jutawan Perkataan Dato Roslan Ab Hamid.
Semalam sempat membaca dari blog inisemuakonspirasi credit juga pada beliau.Rugi rasanya kalau tak abadikan artikel terbaik ni dalam blogku.Terlalu banyak yang dapat kita pelajari dari artikel ini.Saya doakan anda semua belajar sesuatu.
Selamat membaca......
Sekadar gambar hiasan sahaja
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu
lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat
masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil
tengah bandar. Milikan rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja
rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian
meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah
saya kongsikan?
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa
adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga
mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
2. Jaga masa. Ia datang dan
berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada
setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk
waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah.
Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang
malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat
buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran.
Maka dia pun nasihatkan saya,
"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali
sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi
jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu
Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah
mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca
30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti
pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti
baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas
asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan.
Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah
membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak
orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan
dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita
temui ramai orang susah. Belanja mereka..
7. Waktu maghrib
usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila
dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan
mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan
isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca
kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk
kerja esok hari.
8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu
berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita
rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari
perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca
"ayat ayat pengasih". Hehehe.
9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih.
Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit
kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh.
dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua
orang. mineral. Jaga makanan.
10. Niat mahu kaya. Niat mahu
bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat.
Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah
tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita
dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
11. Mula berniaga, usah buat
pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga
ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan
duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita.
Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga
dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau.
Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua
orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita.
Ada barang kita jual.
12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri
kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa
senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan
lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu.
Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh
cinta dengan semangat kita.
13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam
dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar
berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh
sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh
la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua
Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata,
"baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat
contengan kata dia dalam kepala)
14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita
bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap.
Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap
pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun
Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah
sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur
mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu
tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak.
Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak
Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi
cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak
Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya
usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli
rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.
Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya
nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
16. Anak..ingat kita hidup sungguh
sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih
kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol.
Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang
jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita
berlagak sombong masa berjalan atas bumi
Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke
papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi.
Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang
yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya),
disediakan baginya dua syurga"
17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik
bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun
Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan
memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih
punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap
nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam
genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak
Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa
nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
18. Anak..Apabila mahu makan
nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras.
Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan
penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya
mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata
mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua
perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam
bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak
Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan
tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.
(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
19. Anakku kita bukan orang
sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk
di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat
dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya
pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun
banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang
adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit
sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
20. Cuba sedaya upaya supaya ada
wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi
setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat,
mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'.
InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu
solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan
kepada segala Raja.
Sumber Fb Dato Roslan Ab Hamid